Faynia

Sumber Pendapatan Di Internet

Bagaimana Hendak Verify Akaun Paypal

Posted on | December 16, 2009 | 11 Comments

maybank-visa-debit-card-

Seperti yang dijanjikan,  ini sambungan dari entri yang bertajuk “Membuka Akaun Paypal”.  Untuk mendapatkan status “verified”  anda perlu mempunyai kad kredit/debit. Tidak ramai orang yang mempunyai kad kredit jadi cara yang terbaik, anda dapatkan kad debit. Kebanyakan bank-bank utama di Malaysia menawarkan kemudahan kad debit. Antaranya Public Bank, Al-Rahji, Maybank dan lain-lain. Tapi yang paling popular ialah Kad Debit Visa Maybank yang baru.

Kad debit/kredit dari bank lain tidak mempunyai masalah untuk “verified”, hanya isikan no kad, tarikh tamat kad, dan nombor csv di belakang kad. USD1.95 akan ditolak dari kad yang kemudiannya akan dipulangkan semula ke dalam akaun Paypal anda. Hanya Maybankard Visa Debit saja memerlukan konfigurasi di Maybank2u sebelum boleh digunakan untuk verified. Untuk keterangan terperinci saya sertakan bersama gambarajah di bawah untuk mudah difahami.

Cara-Cara Hendak “Verified” Paypal Menggunakan Kad Debit Visa Maybank

1) Login ke Maybank2u.

2) Pergi ke bahagian Utilities -> Maybankard Secure Online Shopping Registration

maybank-MSOS-1

3) Letakkan MSOS password, Personal Assurance Message, CSV dan tarikh luput kad kemudian tekan butang submit.

maybank-MSOS-2

4) Berjaya!  Anda telah aktifkan Maybankard Online Shopping dan seterusnya bolehlah verify akaun Paypal.

5) Login ke akaun Paypal

6) Klik “get verified”

verify-paypal-1

7) “Link & Confirm” kan kad anda. Pastikan di dalam akaun Maybank anda mempunyai duit lebih kurang RM20 keranaPaypal akan menolak 1.95USD untuk menghantar 4 nombor pin “Paypal Expxuse “. Wang ini akan dikembalikan semula ke dalam akaun Paypal setelah anda memasukkan nombor 4 pin tersebut. Biasanya ia mengambil masa  3-4 hari untuk  4 nombor pin itu muncul di maybank2u , periksa dekat transaction debit history.

Comments

11 Responses to “Bagaimana Hendak Verify Akaun Paypal”

  1. hazwan17
    December 31st, 2009 @ 3:00 pm

    selain kad debit maybank,boleh jugak gune kad debit tunemoney….
    gune VCC pn bleh kan…

  2. mdsyah
    January 5th, 2010 @ 3:49 am

    Debit kad public bank, eon mastercard, al-rajhi.. vcc pn boleh tapi bertahan 4 bulan jer.. saya menggunakan maybank cerry card :)

  3. silvergold
    January 6th, 2010 @ 8:11 pm

    hmm…selain gune bank m2u ade bank lain x???
    tp setakat nie m2u plg senang nak transfer or wat ape pun kan??

  4. Nic531
    January 6th, 2010 @ 9:45 pm

    Boleh guna Visa Electron, sebab Paypal juga accept Visa Electro kalau tak silap saya…Kalau kat Malaysia BSN ada menawarkan ATM MATRIX yang ada COP VISA ELECTRON..aku rasa boleh cuba la guna tu…

  5. mdsyah
    January 8th, 2010 @ 9:31 am

    tapi konfius la dengan kad BSN. ade jugak visa tu.. tapi boleh ke verified paypal? ahli2, boleh tahu online visa tu ape? PM xpe..

  6. Nic531
    January 8th, 2010 @ 2:53 pm

    Haha, senang cerita buka saje account Alertpay, nak verified account hanya dengan upload bil or others yang boleh membuktikan anda yang betul2 daftar account Alertpay dan bukannya orang lain…

  7. silvergold
    January 8th, 2010 @ 3:07 pm

    bro nic531…
    mcm mne nak bkak acc alertpay???
    alertpay nie pown sama dgn paypal ker???

  8. sotat
    January 11th, 2010 @ 1:49 am

    paypal pun nak kena muka jugak …
    sebab majoriti transaksi yg org guna kat internet ni
    adalah paypal…
    suka ke dak memang nak kena buka and verified akaun paykal…
    alertpay pun bagus jgak sebab ade alternatif utk money processor …alternatif itu penting …

  9. silvergold
    January 11th, 2010 @ 2:38 am

    maksudnye alertpay nie bleh tranfer fund ke acc bank kita ke???haha kalau macm tu boleh la kempen alertpay plak..ade alternatif tu…

  10. sotat
    January 11th, 2010 @ 11:01 am

    yeah…
    mari kita buka alertpay juga sebagai alternatif…
    paypal baru ade sket jek income.
    da manyak2 nanti baru bleh transfer ke local bank…
    tapi klu nak ikutkan dolu2 saya verified paypal pakai VV jerk…
    25 hinggit utk satu akaun..
    vccmalaysia.com nama website tuh …..

  11. alfa
    January 12th, 2010 @ 2:49 am

    Komen ditutup. Perbincangan selanjutnya http://www.facebook.com/topic.php?uid=229076931470&topic=13485

  • Ruangan Sembang


    ShoutMix chat widget

  • Member

  • Free Mobile Games

  • Best Links